Friday, 30 March 2012

MOMEN PALING BESSSTTT

Saya mula bergelar penjawat awam pada 14 Mei 2001. Pada waktu tu masih teringat lagi saya, Nora dan Nas. 3 orang je yang report duty sebab kami batch yang minta tangguh daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Dengan kemurniaan hati En Amirudin, saya ditempatkan di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi ( KTPK), Nora di JANM dan Nas di KPTK.
Selama berada di KTPK ( 4 Tahun ), bagi saya setakat ini disanalah pejabat yang paling menggembirakan saya. Meskipun dihimpit kerja yang melambak dan tak pernah surut. Balik kerja pun disaat bulan terang bukannya matahari masih dilangit, tetapi keseronokkan bekerja sentiasa dekat dihati.
Kesemua teman-teman sekerja adalah bagaikan adik beradik. Bukan dalam Bahagian sahaja hatta seluruh pegawai di kementerian memberi keselesaan. Tak hairanlah kalau cuti saya sentiasa berbaki banyak kerana tak terasa nak bercuti langsung. Hati melekat di pejabat
Antara mereka-mereka yang sentiasa segar dalam ingatan adalah bos pertama saya yang banyak sekali mengajar saya tentang pelbagai perkara, Dato’ Rahim Bin Abu Bakar ( kini menjawat jawatan Pengarah Bajet, Kementerian Kewangan ). Memori terlalu banyak, tatkala saya telah terbiasa mengarang surat dalam Bahasa Inggeris saya diajar untuk mengarang dalam Bahasa Melayu menggunakan format rasmi kerajaan yang tidak pernah saya lalui. Akibatnya…tong sampah sentiasa penuh. Tapi akhirnya kini, berilah saya tugasan untuk mengarang apa sahaja bukan lagi masalah buat saya. Marah beliau penuh berhemah..penuh dengan mengajar dan lembut tapi tegas. Bukan marah tak tentu hala. Alhamdulillah walau kemana beliau ditempatkan, beliau pasti memaklumkan kepada saya dan ikatan persahabatan tetap kukuh. Saya tetap akan sentiasa menghormati beliau meskipun tidak lagi berurusan rasmi dengannya. Pernah saya dimarahi dan diugut akan meletakkan gagang telefon seandainya saya memanggil beliau dengan gelaran Dato’…katanya cukup sekadar Encik seperti dulu juga…
Selain itu, ramai lagi yang masih melekat di kotak ingatan saya dan hubungan kami masih akrab seperti dulu. Antaranya Puan Norhayati Hamzah ( Timbalan Pengarah di JPA ). Saya memang rapat dengannya kerana tugas kami dan selepas masing-masing membawa haluan kerjaya, hubungan dan perbualan di corong telefon tetap mesra. Saya lebih selesa menyapanya dengan Cik Yati dan sehingga kini itulah juga panggilan yang saya gunakan. Memang baik dan sangat suka membantu.
Sekadar mencatat beberapa nama, Geemah, Su Kechik, Abg Zam, Kak Ani, Kak Norma, Abg Asmadi, Arwah Tuan Hj. Ismail Ariffin, Leen, Puan Aziah, En. Saad, Puan Rosni, En. Azhan, Kak Amah, Kak Nas, Kak Sam, Kak Tipah, Kak Ros, Kak Nab, Kak Naimah, Cik Hasmah, Kak Midah, Cik Net, CC Aminah, CC Rohana, Arwah Kak Norsiah, Kak Zamnah, Kak Mek, Kak Normah, Azza, Azim, Kak Ruby, Kak Midah Brahim dan ramai lagi ( tak cukup kalau nak disenaraikan…)…saya happy bekerjasama dengan anda semua dan saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Pastikan ukhwah kita tetap kukuh.
Tempatkanlah saya dimana pun, tak sama dan tak kan dapat mengecapi momen indah ini seperti di KTPK. Antara gambar yang masih saya simpan dan ada banyak lagi akan saya kongsi bersama.
Me and Cik Yati...ala-ala Titanic..tapi takde kapalnya..kat Taman Jepun, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi selepas done mesyuarat MBS.
Me and Cik Yati..Farewell En. Rahim sebelum berangkat ke Chicago..our table 'D' for 'DIVA' yang gemookkkss...;p
Me and Cik Yati lagggiii...hehehe
Posing tak ingat status..style lama..seronok ada kak zu dari JPK..pegawai yang sangat baik hatinya.
Me, Cik Yati and Su Kechik...:-)
Atas batu pun jadilah..hehehe..
Lepas habis meeting mesti ada sessi relax minda dan gelak-gelak..wajib!
Me and Kak Norma..Mesyuarat Penggubal Soalan PTK at Awana Genting...baik dan sopannya gambar saya...mcm tak percaya..hahaha..
Kak Mek, Me, Cik Yati and Kak Ani..ada cerita disebalik gambar ni tapi biarlah rahsia..hehehe...ketika mesyuarat semakan bajet di Kuching.
Trip SKT ke Cherating yang tak kan dilupakan seumur hidup. Tak tidur langsung sepanjang perjalanan hanya yang kedengaran hilai tawa yang sangat menggembirakan serta usikan. Slot paling best..Mami Jarum from Kak Ruby, jadi hantu pakai telekung ketuk pintu bilik orang lepas tu lari hasil 'lakonan' Kak Nab dan Kak Amah, berenang ramai-ramai dalam kolam dan aksi dating sepasang kekasih yang telah bergelar suami isteri...hehehe..

Thursday, 15 March 2012

KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN - MOSTI

Syukur Alhamdulillah kerana pada 13-15 Mac yang lalu, saya dan seorang sahabat, Saudara Saadin Abdullah telah diberi peluang untuk mengendalikan kursus Komunikasi Berkesan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ). Sepanjang kursus berlangsung, kami semua bagaikan adik-beradik dan seolah-olah telah lama mengenali antara satu sama lain.
Intipati dan objektif kursus adalah untuk membina keyakinan berkomunikasi dan seterusnya mencari makna kebahagiaan bagi dikecapi dan dinikmati secara total dalam kehidupan sama ada bergelar penjawat awam mahupun seorang ibu, kawan, anak dan akhirnya..MANUSIA.
Dipenghujung kursus, saya berjaya menikmati rasa bahagia apabila dipertemukan dengan jaringan rakan-rakan baru iaitu para peserta yang sangat-sangat sporting dan menghiburkan. Akhirnya saya menganggap mereka sebagai penghibur baru dalam hidup saya. InsyaAllah kita akan dipertemukan diruang-ruang yang akan datang. Pada mereka..semoga menemukan kebahagiaan dalam hidup. Disini..saya kongsi wajah-wajah ceria ini untuk koleksi peribadi.
Jah..antara urusetia yang sangat 'setia' menemani saya..hehee..tq Jah!
Puan Fatimah Jamal - Ketua Urusetia merangkap peserta yang telah banyak memberi peluang kepada saya. Tq juga yek!..
Inilah semua wajah-wajah sporting yang membahagiakan dan menceriakan saya sepanjang minggu 'letih' saya ini...tq semua ( nak mention satu-satu nama..tambah 'letih' lah saya...but no worries..kita akan ketemu lagi dalam suasana tidak formal selepas ini..InsyaAllah..)