Wednesday, 24 October 2012

EIFFEL WITH LUV

Berkunjung ke Kota Paris, sekali pada musim panas ( 2010 ) dan sekali pada musim sejuk ( 2011 ) mengamit saya untuk berkunjung lagi pada musim luruh. Kunjungan kali ini  ( 6 Oktober 2012 ) ditemani beberapa rakan. Seperti biasa, Shikin tak kan terlepas mengekor saya..dan ditambah dengan kehadiran Puan Zainani ( bos baru saya di Wisma Putra ) dan Aizam ( adik Shikin). Misi kali ini adalah bershopping, tetapi bukan 'shopping heaven' bg saya kerana matlamat utama adalah untuk menjamu mata dengan pemandangan dan lokasi yang menarik. Pada setiap kali kunjungan, saya tidak memanjakan diri untuk 'mendaki' puncak menara besi yang hebat diperkatakan..EIFFEL TOWER yang dibina pada tahun 1889. Tetapi kali ini saya nekad, harus menakluk puncaknya meskipun saya tebal dengan sindrom GAYAT...hehehe. Setengah hari dihabiskan di menara besi ini. Berposing adalah acara wajib..ditambah dengan Aizam yang juga tak henti bersnap, siap ambik gambar sendiri lagi via handphone.hehehe. Seronok tengok. Jika nak merasa keseronokan nya, gambar-gambar ini jelas menggambarkannya.
 
Berposing kat luar dulu sebelum memulakan penerokaan..:). Pn. Zainani, Shikin, Me and Aizam.




Monday, 22 October 2012

CEMBURUNYA MASA

Dek kerana kesibukan yang teramat, blog ini sunyi sepi beberapa bulan. Kesibukan kerja dan aktiviti sampingan yang lain menelan saya untuk berkarya. Catitan perjalanan hidup tetap dicatat di buku log pengalaman cumanya untuk dihamparkan di halaman ini menuntut seribu agihan masa dan betapa saya sedar kini, cemburunya masa terhadap saya. Mengingatkan diri saya bahawa seandainya kita tidak mengatur masa dengan baik, beginilah jadinya. Minat yang disokong bakat, tenggelam didasar kemalasan diri. Kesibukan tidak sepatut saya jadikan alasan kerana saya yang sepatutnya mengatur kehidupan agar kelihatan menarik untuk dikongsi dengan teman-teman.
Sepanjang sisi sunyi itu, saya telah berpeluang menikmati nikmat hidup anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Bakal saya kongsi adalah perjalanan singkat ke satu destinasi yang menyimpan monumen keajaiban dunia, seterusnya saya diterbangkan pula ke Kota Singa untuk menggalas tugasan pertama saya sejak bergelar warga Wisma Putra. Banyak pengalaman yang saya perolehi melalui masyarakatnya dan insan-insan yang mengelilingi perjalanan saya selama hampir 2 minggu disana. Dan yang terkini, Siri Penjelajahan Kota Eropah yang berjaya saya takluki dalam misi merehatkan minda sambil berkarya menikmati cerita-cerita yang dibisikan oleh teman-teman yang pernah mengunjunginya. Terkapai-kapai juga saya untuk menentukan yang mana harus dimulakan dulu. Namun seperti biasa, saya lebih mudah mengikut gerak hati yang saya kira paling tepat dilayangkan tuhan. Nantikan catatan perjalanan saya yang telah memasuki fasa 'hampir siap'. Mungkin catatan kali ini lebih banyak bersulam foto-foto kerana sekeping foto boleh menterjemahkan seribu pentafsiran.