Thursday, 1 August 2013

MY NEXT BABY


Setiap orang pasti akan mengalami fasa-fasa kesibukan dalam hidup. Sibuk atas apa jua alasan, tapi harus pandai berbagi masa. Saya melihat orang yang boleh mengurus masa dengan baik, pasti dapat mengurus kehidupan dengan baik juga. Sedang berusaha ke arah itu, saya mengatur sebaiknya perjalanan hidup. Ada satu impian yang sedang diusahakan. Saya memaksa diri untuk mencapai yang satu ini. Sesuatu yang bakal menjadi buah tangan untuk dikongsi bersama insan terdekat. Keterujaan saya pada hal yang satu ini mengatasi segala-galanya. Setiap hari saya memanjat doa, moga ianya berjaya direalisasikan. Saya berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya saya serahkan pada Allah untuk mencorak jaya. Nantikan kelahiran 'MY NEXT BABY'. Salam Ramadhan yang masih berbaki dan Salam Syawal yang bakal tiba.

Sunday, 21 July 2013

HI WORLD!


 
Terlalu sibuk sejak mendiami Wisma Putra. Kesana sini bermula Mac 2013 sehinggalah sekarang. Saya ke beberapa destinasi dunia yang sangat menakjubkan. Rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T, bekerja menjalankan tugas sambil berpeluang menjejak kaki ke destinasi yang tidak pernah berada dalam wish list saya sebelum ini. Terlalu banyak perkara yang ingin sangat dikongsi disini. Tetapi akur sungguh dengan kesempitan masa dan kesibukan tahap gaban yang tak terjangkau akal. Tak pernah saya membayangkan akan ditelan situasi sebegini. Walau bagaimanapun, semua ini saya nikmati dengan penuh berlapang dada. Banyak perkara yang saya pelajari sejak sibuk dengan tugas. Saya belajar menjadi ibu yang harus pandai berbagi masa. Mengajar homework anak-anak melalui maya dan kecanggihan teknologi. Belajar menjadi isteri yang menyiapkan makan pakai suami dari jarak yang jauh. Belajar erti persahabatan bahawa sepanjang perjalanan hidup kita akan ditemukan dengan pelbagai ragam manusia. Tetapi dengan prinsip hidup yang ada, kita perlu teguh mempertahankannya. Saya juga belajar betapa nikmatnya tidur dan rehat yang selama ini sangat saya abaikan. Saya belajar ketawa dan senyum itu sangat bernilai dalam apa jua situasi. Adakala saya sangat penat dan hampir juga menangis kerana tidak pasti cara untuk menghilangkan kepenatan yang menghambat. Namun saya sangat bersyukur, sehingga kini saya masih belum 'tersungkur'. Saya masih dilandasan untuk menghasilkan yang terbaik. Teman-teman disekeliling sangat banyak membantu.
 
Saya telah hampir ke 15 lokasi seluruh dunia dan bakal ke beberapa lokasi lagi. Keterujaan tetap ada. Perjalanan-perjalanan dunia ini sememangnya telah 'menghadiahkan' banyak hal kepada saya. Saya ingin benar mengggarap semuanya dalam bentuk yang sangat istimewa. Nantikan foto-foto dan 'tarian kalam' daripada saya untuk menyatakan  keghairahan saya pada dunia......'HI WORLD!!"...:-D