Wednesday, 24 October 2012

EIFFEL WITH LUV

Berkunjung ke Kota Paris, sekali pada musim panas ( 2010 ) dan sekali pada musim sejuk ( 2011 ) mengamit saya untuk berkunjung lagi pada musim luruh. Kunjungan kali ini  ( 6 Oktober 2012 ) ditemani beberapa rakan. Seperti biasa, Shikin tak kan terlepas mengekor saya..dan ditambah dengan kehadiran Puan Zainani ( bos baru saya di Wisma Putra ) dan Aizam ( adik Shikin). Misi kali ini adalah bershopping, tetapi bukan 'shopping heaven' bg saya kerana matlamat utama adalah untuk menjamu mata dengan pemandangan dan lokasi yang menarik. Pada setiap kali kunjungan, saya tidak memanjakan diri untuk 'mendaki' puncak menara besi yang hebat diperkatakan..EIFFEL TOWER yang dibina pada tahun 1889. Tetapi kali ini saya nekad, harus menakluk puncaknya meskipun saya tebal dengan sindrom GAYAT...hehehe. Setengah hari dihabiskan di menara besi ini. Berposing adalah acara wajib..ditambah dengan Aizam yang juga tak henti bersnap, siap ambik gambar sendiri lagi via handphone.hehehe. Seronok tengok. Jika nak merasa keseronokan nya, gambar-gambar ini jelas menggambarkannya.
 
Berposing kat luar dulu sebelum memulakan penerokaan..:). Pn. Zainani, Shikin, Me and Aizam.




Monday, 22 October 2012

CEMBURUNYA MASA

Dek kerana kesibukan yang teramat, blog ini sunyi sepi beberapa bulan. Kesibukan kerja dan aktiviti sampingan yang lain menelan saya untuk berkarya. Catitan perjalanan hidup tetap dicatat di buku log pengalaman cumanya untuk dihamparkan di halaman ini menuntut seribu agihan masa dan betapa saya sedar kini, cemburunya masa terhadap saya. Mengingatkan diri saya bahawa seandainya kita tidak mengatur masa dengan baik, beginilah jadinya. Minat yang disokong bakat, tenggelam didasar kemalasan diri. Kesibukan tidak sepatut saya jadikan alasan kerana saya yang sepatutnya mengatur kehidupan agar kelihatan menarik untuk dikongsi dengan teman-teman.
Sepanjang sisi sunyi itu, saya telah berpeluang menikmati nikmat hidup anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Bakal saya kongsi adalah perjalanan singkat ke satu destinasi yang menyimpan monumen keajaiban dunia, seterusnya saya diterbangkan pula ke Kota Singa untuk menggalas tugasan pertama saya sejak bergelar warga Wisma Putra. Banyak pengalaman yang saya perolehi melalui masyarakatnya dan insan-insan yang mengelilingi perjalanan saya selama hampir 2 minggu disana. Dan yang terkini, Siri Penjelajahan Kota Eropah yang berjaya saya takluki dalam misi merehatkan minda sambil berkarya menikmati cerita-cerita yang dibisikan oleh teman-teman yang pernah mengunjunginya. Terkapai-kapai juga saya untuk menentukan yang mana harus dimulakan dulu. Namun seperti biasa, saya lebih mudah mengikut gerak hati yang saya kira paling tepat dilayangkan tuhan. Nantikan catatan perjalanan saya yang telah memasuki fasa 'hampir siap'. Mungkin catatan kali ini lebih banyak bersulam foto-foto kerana sekeping foto boleh menterjemahkan seribu pentafsiran.

Wednesday, 2 May 2012

HEPI BEST DAY NUREEN - 7th YEARS OLD

Hari ini merupakan hari lahir anak ku, Puteri Nureen Qistina yang ke tujuh tahun. Tetapi tulisan hari ini bukan berkisar untuk Nureen sahaja, semua anak-anak saya adalah nyawa saya dan pada hari-hari istimewa seperti ini, saya lebih selesa untuk berkongsi tentang mereka semua. Apapun...Ayah, Ummi, Kakak dan Nuha mengucapkan..."HEPI BEST DAY NUREEN @ GEDEHEE" ( nama timangan manja yang kami berikan tatkala Nureen membuat 'perangai'...hehehe ).

Menjadi seorang ibu tentunya menjadi impian dan harapan setiap insan bergelar wanita. Tanyalah wanita mana yang telah berstatus isteri yang tidak mahu merasai pening dan loya, gerakan nakal insan kecil dan perut yang semakin kedepan sebagai tanda membawa satu nyawa dalam dirinya. Saat itulah terujanya wanita itu untuk memakai pakaian mengandung yang sememangnya tidak boleh disarung setiap masa tanpa sebab. Begitu juga aku, yang merasa sangat bertuah diberi kenikmatan oleh tuhan untuk mengecap semua itu seawal sepurnama usia perkahwinan ku. Meski aku melepaskan status bujang diusia yang sangat muda. Lebih nikmat apabila sehingga saat ini, aku telah diberi 3 kali peluang melalui semua itu. Bercerita tentang puteri-puteri ku memang menjadi minat aku kerana mereka semuanya berbeza dengan kerenah masing-masing.


1.                PUTERI NUR QAMARINA - CAHAYA BULAN KAMI

Sangat mudah mengandungkannya dan lebih mudah melahirkan nya. Setelah disahkan mengandung, aku disuruh suami untuk berhenti kerja dan berehat sepenuhnya dirumah. Tidak langsung mengenal istilah 'mabuk' ketika membawa INA kemana sahaja. Telah aku berjanji bahawa aku akan mengingati setiap data kelahiran anak ku. INA dilahirkan pada 4 Disember 1999 hari Sabtu pada jam 5.24 petang dengan ketinggian 43 cm dan seberat 2.88 kg. INA dilahirkan cepat dua minggu dari tarikh jangkaan. Kini INA telah berusia 12 tahun. INA diberi kelebihan oleh tuhan sangat pandai menjaga hartanya. Barang-barang antaranya buku, pen, pensil, getah rambut dan lain-lain disusun sebaiknya dan ditandakan dengan kemas dan cantik di dalam almarinya. Pernah sekali, kami sangat terkejut apabila beliau menelefon kami menyuruh kami mengambil sesuatu dari dalam almarinya. Arahannya sangat jelas dan keadaan jadi mudah. "Ummi, tolong ambilkan pemadam yang INA letakkan di drawer warna merah jambu sebelah kiri, tarik tingkat nombor dua bersebelah dengan tempat simpan koleksi Buku Bintang Kecil, kira susunan sehingga baris nombor enam dan disitulah tersimpannya barang yang INA hendak tu ". Subhanallah...kuatnya ingatan INA. Ina juga seorang yang sangat pembersih dan cukup pantang dengan kekotoran. Memang telah ku ajari anak-anak ku  dengan nilai ini. Pernah seorang tetamu berkunjung ke rumah kami terdiam melihat gelagat INA apabila seorang dari adiknya bercakap tanpa sengaja tersembur sedikit air liur ke bajunya. Dengan pantas INA terus ke bilik menukar baju. Memang INA seorang yang tidak suka ada sedikit pun kekotoran pada dirinya. Setelah menginjak dewasa, INA kini jadi lebih tegas. Pantang barang-barangnya diusik adik-adik, secepat kilat suara INA akan kedengaran. Tapi kami yakin INA sangat sayang adik-adiknya kerana beliau pernah berkata mengimpikan duduk serumah dengan semua adik-adiknya dan setiap kali INA 'mengembara' keluar kota dengan kawan-kawannya, pasti ada 'buah tangan' untuk adik-adiknya hatta sebuah rantai kunci yang tertera nama adik-adiknya. Disekolah INA memang terkenal dengan sifat suka ketawa dan jalan sambil berlari dikalangan teman-teman baiknya dan para guru. Sebagai seorang pengawas sejak dari darjah 4 lagi, beliau memang aktif dengan aktiviti sekolah. Suka sangat menawarkan diri untuk apa saja tetapi akhirnya ummi juga yang menjadi 'mangsa'. Aku tidak kisah kerana bagi ku itu satu perkembangan sihat untuk INA yang sememangnya adalah 'salinan' ayahnya. Maksud aku...minatnya, wajahnya dan cita-citanya. Sangat meminati buku, wajah yang saling tak tumpah ayahnya dan cita-citanya untuk menjadi seorang ahli perniagaan. Itulah INA puteri sulung ku.


2. PUTERI NUREEN QISTINA - CAHAYA KEADILAN KAMI

NUREEN aku lahirkan pada 2 Mei 2005 hari Isnin jam 10.17 malam dengan ketinggian yang sangat tinggi 57 cm dan berat yang sangat berat 3.8 kg dan lewat dua minggu dari tarikh jangkaan. Anak kedua ku ini sememangnya seorang yang sangat-sangat manja. Mana kan tidak, NUREEN aku susukan sehingga usianya 3 tahun. Sehingga kini, tiap kali sebelum NUREEN ke kamar beradunya, siku aku pasti jadi mangsa kerana itu adlaah tabiatnya..bermain dengan siku ku. NUREEN pada aku, seorang anak yang sangat istimewa. NUREEN cepat mempelajari sebarang yang kami ajarkan. Dunia kecantikan adalah minat NUREEN. Alat-alat solek ku akan sentiasa menjadi bahan mainan NUREEN. Tanpa kelas, NUREEN sekarang sudah pandai bermekap. NUREEN seorang yang sangat tegas dengan apa yang dimahukannya. Tiada istilah boleh 'menipu' padanya. Dahulu menjadi kebiasaan kami untuk mengelakkan NUREEN tahu perbualan kami maka kami menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi kini, setelah NUREEN mahir setiap perbualan kami akan sampai kepengetahuannya. Akibatnya, kami perlu sangat berhati-hati kerana NUREEN meskipun berada jauh dari tempat perbualan kami, tetapi NUREEN dapat menangkap segalanya. Itulah istimewanya NUREEN. Oleh kerana NUREEN sukakan kecantikan, NUREEN juga sering dipuji kerana cantik dan manis. Memang aku akui, sejak lahir NUREEN telah menunjukkan ciri-ciri kecantikan apabila warna kulitnya ditegur oleh semua petugas hospital yang menyambutnya..."merah jambunya kulit baby ini". Rahsianya..aku suka makan buah strawberi dan minum yogurt berperisa strawberi semasa mengandungkannya. Oleh kerana rapatnya NUREEN dengan kami, setiap kali kami keluar rumah NUREEN pasti sudah ada ditempat duduk belakang kereta ayahnya. Amat berat meninggalkannya dirumah kerana NUREEN akan cepat bosan jika tiada yang melayan. Kerana itu jugalah, mulut NUREEN tidak akan berhenti bercakap sepanjang perjalanan kemana-mana sahaja kecuali ketika NUREEN tertidur atau makan. Jika tidak bersembang gaya orang dewasa , menyanyi pun jadilah. Kini NUREEN telah mula tidur bersama INA dikamar mereka dan kami adakalanya rindu dengan pelukan tanpa lepasnya sepanjang 6 tahun tidur bersama kami. Cita-cita NUREEN seperti yang diceritakannya " NUREEN nak selalu bersama ummi dan ayah, tak payah kerja supaya dapat selalu dekat ".

3. PUTERI NUHA QAIREENA - KECERDIKAN DAN KEBAIKAN

Nuha aku lahirkan pada 18 Julai 2009 hari Sabtu  pada jam 3.03 petang dengan ketinggian 47 cm dan berat 3.33 kg tepat pada tarikh jangkaan. NUHA memang sinonim dengan angka 3. Dengan semua 3 yang aku tulis di atas ditambah dengan anak ke 3 yang aku lahirkan pada usia 33. Ada seorang cina mengatakan NUHA seorang yang akan diliputi tuah. Tapi aku sekadar mendengar dan menyerahkan takdir tuah itu pada tuhan kerana DIA yang lebih tahu. Selari dengan makna namanya, memang NUHA seorang yang sangat cerdik. NUHA mencatat sejarah apabila meniarap selepas genap 44 hari aku habis berpantang. NUHA juga mula bercakap seawal usianya 1 tahun. Tetapi menjaga dan membesarkan NUHA sangat mencabar kerana aku jatuh sakit ditambah dengan NUHA yang sangat sukar untuk tidur malam. Namun sebagai ibu aku terima segala dugaan itu dengan mengingati bahawa akan ada hikmah disebaliknya. Kini menginjak usia 2 tahun, NUHA sangat comel dan kami sekeluarga sangat menyukai telatahnya. NUHA menggembirakan kerana NUHA seorang yang sangat peramah dan suka tersenyum. Senyuman yang sangat menawan. Semua yang melihat NUHA akan pasti berkata bahawa NUHA sangat istimewa dan wajahnya sangat lain. Kini NUHA sudah pandai meminta-minta dan makan segalanya. Amat seronok apabila membawa NUHA berjalan hujung minggu kerana NUHA akan sangat-sangat bahagia ketawa berdekah-dekah. NUHA sangat manja juga, suka benar merapatkan badannya pada ku dan pasti akan muncul di muka pintu setiap kali aku pulang dari pejabat atau dari mana jua. Tidak sabar menunggu saat NUHA besar dan boleh berkongsi rasa dengan aku kerana melihatnya aku percaya NUHA akan menjadi klon umminya.

Merekalah puteri-puteri ku yang aku lahirkan untuk memanjang zuriat keturunan aku dan suami ku. Adakalanya mereka tiada dirumah kerana mereka sangat suka 'dicuri' insan-insan tertentu, kami merasa sangat sunyi dan tercari-cari suara telingkah, ketawa suka dan menangis manja. Merekalah nafas hidup aku dan suami ku. Dalam keadaan hampir 'tersungkur' oleh apa jua sebab, memandang mereka mendamaikan jiwa dan mengembalikan kami kelandasan sebenar mengapa mereka dikurniakan untuk kami. Doa tanpa henti dalam tiap kali tadahan tangan ini " Semoga mereka menjadi insan berguna dan semaian benih kasih sayang kami sekeluarga bercambah menjadi akar bahagia yang kukuh dibumi CINTA"

Tuesday, 1 May 2012

PANDANGAN CINTA TANPA KATA BUAT INSAN BERNAMA

Telah lama diri ini tidak menumpahkan tintanya menzahirkan kecintaan pada manusia. Sekian lama cintanya pada nilai kemanusiaan dan ketuhanan. Namun keadaan mengubah segalanya, penzahiran rasa yang penuh tulus, ikhlas yang terpendam sekian lama, dengan harapan ada jawapan di penghujungnya. Bait-bait kata hanya biasa…..luahan rasa seorang teman pada aku dan aku garap istimewa buat mu teman moga kau menemukan makna….
PART I
Sukar memulakan gerakan tangan ini,
Menulis dan meluahkan yang terpendam di dasar hati,
Tidak pernah sekali pun aku sangka,
Insan sekuat aku,
Dengan kekuatan semangat naga 1976,
Yang aku bawa dan tanam sekian lama,
Menjadi ‘makanan’ fizikal dan rohaniah ku,
Mengimbau pandangan sesaat bertahun lalu,
Pandangan yang memukau,
insan tanpa matang seperti aku,
Menggetar seribu rasa,
Menyentap kalbu, bagai tanda jatuh cinta,
Bagaikan ada rantaian,
Namun apa daya……ada egois antara kita,
Pandangan yang sarat pengertian,
Dibiarkan tanpa kata.


Bertahun perjalanan diselusuri,
Tidak sedikit pun ingatan padanya terpadam,
Dalam tiap doa ku,
Ada ruang buat mu,
Moga tuhan pertemukan kita
Biarlah dalam apa jua keadaannya,
Aku Redha Tuhan…..
Meskipun ketika itu, aku cukup akur…
Tiada istilah memiliki,
Hanya hati yang tahu.


Dalam keletihan semalam aku disentak,
Kerdilnya aku disisi Mu Tuhan,
Ribuan doa yang aku panjatkan,
Hari ini Engkau kabulkan, tanpa sisa ragu..
Didepan mata ku dia berdiri,
Debar makin debar,
Sebak ku tahan, nafas seolah tersekat,
Tuhan beri aku kekuatan,
Tidak rebah pada emosi,
Melihatnya….pandangan tanpa jemu,
Aku bagai dirajut rindu,
Entah dari mana datangnya..
Genggamlah tangan ini,
Yang sekian lama aku tunggu……




Taman Tasik Keramat
6.36 pm
27 Jun 2011


PART II
Bermulalah fasa rindu dalam hidup ku
Jauh bedanya dengan rindu yang dulu
Rindu yang rahsia hatinya tidak aku tahu
Rindu yang rahsia hatiku telah lama ada

Pertemuan demi pertemuan,
Merapatkan lagi jurang yang dulu
Kita ciptakan
Akhirnya aku tahu, ada kau dalam hati ku dan
Ada aku dalam hati mu
Sesuatu yang cukup membahagiakan
Kini saban sore,
Aku akan berada di taman ini
Merindu dan merintih
Mengharapkan keajaiban kau hadir tanpa duga
Ya Tuhan
Kenapa airmata ini harus tumpah
Meski ramai teman
Menitipkan semangat tanpa henti
“ Ja, mana diri kau yang sangat kuat selama ini, jangan tunduk
mengalah, cari kekuatan dan kami setia untuk apa jua…demi kau sahabat”

Mungkinkah ini balasan
Atas apa yang pernah aku perbuat
Melukakan hati insan-insan
Yang pernah ingin mendampingi
Ternyata sakitnya yang belum pernah aku rasa
Antara rindu dan sayang
Antara rindu dan hormat
Aku redha, aku redha…
Makin aku dekat dengan Mu Tuhan
Makin ujian memaksa ketabahan
Namun sekuat manapun aku….wanita
Tercipta dari rusuk Adam yang lemah.


                                                                                                
Taman Tasik Keramat
                                                                                                28 Jun 2011
6.23 pm
PART III
Tuhan,
Aku mohon bantuan
Mengapa rindu ini makin tebal
Mengapa perasaan ini tiada haluannya
Saban petang
Jerih rindu pasti menjengah
Namun tetap ku gagahi
Kuatkan hamba Mu ini Tuhan

Aku akui
Dulu memang ada rindu
Tapi kini lebih rindu
Tolonglah titipkan kekuatan
Buat insan selemah aku
Egonya diri mu
Melepaskan lelah rindu ini
Ditanggung aku sendirian

Senja ku sunyi sepi
Hati ku makin rawan
Terkadang terasa berdosanya diri
Tapi itulah aku
Dengan batas-batas duniawi, lemahnya manusiawi
Lantas terlontar…..mengapa harus jumpa
Mana mungkin aku menidakkan
Cinta yang pernah hadir
Cinta yang sentiasa lama aku tunggu dalam diam
Tanpa suara hanya dalam jasad hati ku
Rindu ingin jumpa
Tapi aku insan yang dilahirkan
Percaya pada ketentuan tuhan
Apa yang disuratkan pada ku
Itulah yang terbaik untuk ku sebagai hamba Nya
Pasrah dan redha adalah jalan keluar
Yang pasti menjadi pilihan ku
Atas petunjuk Mu jua.


                                                                                                Taman Tasik Keramat
                                                                                                04 Julai 2011
6.24 pm
                       

Friday, 27 April 2012

UNTUK MU BENTARA

( Dideklamasikan sempena persaraan YBhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mohd Zain Bin Haji Nik Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang telah memegang portfolio selama 8 tahun. Beliau umpama bapa dan mentor saya. Majlis berlangsung di Wisma Tanah, Jalan Semarak pada tahun 2002. Sesuatu yang membanggakan, sajak nukilan saya ini tersergam diruang rumah YBhg. Datuk sehingga kini.....)

Tarikh keramat 15 Disember 1946, dirimu diputerakan,
Di Negeri Cik Siti Wan Kembang bergemalah tangisan,
Tangis bukan tangis kepayahan,
Bahkan ianya adalah tangis peri suluh masa hadapan,
Dijaga ditatang penuh harapan,
Agar yang lahir ini bakal membawa sinar gemerlapan,
Membesar dirimu di kalangan cendekiawan,
Merempuh onak umpama pahlawan.
Bertatih selangkah demi selangkah,
Meniti pengalaman tahun demi tahun,
Dari timbalan pengarah kepada pengarah,
Segala jasamu disini terhimpun,
Berkat hadirmu di kementerian bertuah,
Umpama rahmat datang melimpah,
Bersinar cahaya alam nan cerah,
Bagi mu tiada perkara dianggap payah,
Menyusuri baktimu di kementerian tercinta,
Umpama menyusuri jalan tiada penghujungnya,
Niat murnimu memajukan diri, agama, bangsa dan nusa,
Itulah tekad mu wahai bentara.

Tatkala kita menoleh ke belakang,
Di laluan inilah kita pernah bertemu,
Di laluan inilah kita pernah berbicara,
Di laluan inilah kita bagaikan saudara,
dan di laluan ini jualah perpisahan akan terasa,
Kerana di laluan ini Bentara akan berangkat,
Melengkapi perjuangan mu bergelar pegawai kerajaan.

Hari ini,
Wisma ini akan kehilangan sesuatu,
Suara yang sering membakar semangat warganya,
Bakal tiada lagi kedengaran,
Dalam samar kami pasti tercari,
Tetapi jauh di sudut hati,
Kami yakini ideamu, prinsipmu, perjuangan dan semangatmu,
Selama mana Bentara di sini.

Sepanjang 33 tahun 2 purnama,
Kau mencurah bakti yang tidak pernah kering,
Kau meletakkan kementerian di tangga selayaknya,
Jabatan dan agensi menyusul bersama,
Tersergam indah Institut Tanah dan Ukur Negara,
Hasil cetusan fikiran mu,
Sistem pengkomputeran canggih,
Diakui seratanya,
Kami warga teramat bangga,
Menyebut nama mu di mana jua

Adat berumah di tepian pantai,
Harus berani menempa badai,
Namun ternyata kau bukan calangan,
Setiap anasir kau usir; secara melayunya,
Keras tetapi penuh bersopan.
Percayalah Bentara,
Amat sukar membicarakan perpisahan,
Kekadang sendu syahdu mengiringi,
Tetapi mengertilah,
Akan perpisahan itu,
Satu lumrah percaturan tinta yang telah direncana.

Simpulan jasamu bertaut erat di lubuk rasa,
Menjadi tebaran teladan bagi semua,
Tuan Bentara,
Terima kasih atas segalanya,
Bakti mu dikenang ke akhir usia,
Sinarnya terang bagaikan tiada cela,
Serinya mampan dalam cahaya,
Dan kami hanya tahu,
Tidak cukup apa yang kami perbuat,
Untuk balasan jasamu,
Tetapi itulah kami,
Dalam batas-batas manusiawi,
Dengan idealisme yang kau tanamkan,
Telah jadi kebanggaan kami,
Memori bersama mu,
Akan kami simpul dan sematkan ,
Lalu kami letakkan disudut paling istimewa,
Dan tidak akan pudar sehingga selamanya.
Ampun dan maaf kami pinta,
Andai hatimu pernah terluka,
Tercarik dek perbuatan dan perbualan kami, Tanpa kami sedari

Walaupun kau kini tidak lagi mentadbir,
Teruskanlah perjuangan murni mu,
Didiklah anak watan,
Agar menjadi secemerlang dirimu,
Agar apabila kami melihat mereka,
Terbayanglah kami akan dirimu,
Yakinilah Tuan Bentara,
Kami ; di kejauhan mahupun dikedekatan,
Akan sentiasa mendoakan; sejahteralah,
Dirimu, isteri mu dan seluruh keluarga mu

Kini, Bila tiba waktunya,
Kami mengucapkan selamat jalan dan jutaan terima kasih,
Buat mu Tuan Bentara,
Prof Datuk Dr. Nik Mohd Zain Bin Haji Nik Yusof.


RAJA SAADIAH RAJA ALWEE
KTPK
14 Disember 2002
 
 
 

Thursday, 26 April 2012

FINALLY...MY NEW OFFICE!

Telah genap 11 tahun bergelar penjawat awam pada Mei 2012. Setelah bertugas di 3 buah Kementerian, masa untuk menggali telaga ilmu ke kementerian yang lain. 5 tahun di Kementerian Pertahanan adalah satu tempoh yang sudah cukup mematangkan saya. Bekerja dengan rakan sekerja yang sama skim. Tempoh ini adalah yang paling lama bagi saya berbanding di kementerian-kementerian yang lain.
Sejujurnya, MinDef terlalu banyak mengajar saya tentang erti persahabatan, kerjasama, kasih sayang, hormat, adanya kecewa, berpegang teguh pada pendirian dan ada sesuatu yang sangat ‘istimewa’ yang bakal saya tinggalkan disini. Apa yang istimewa itu, biarlah hanya saya dan tuhan sahaja yang tahu. Bukan semua perkara harus dikongsi, perlu juga adanya sisi ‘rahsia’ untuk diri sendiri.
Sudah menjadi kebiasaan, keluar dari rumah orang jangan lupa ucapan terima kasih. Ucapan paling ringkas dari saya :
"TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA MINDEF YANG TELAH BEKERJASAMA DENGAN BAIK BERSAMA SAYA TERUTAMANYA BAHAGIAN AKAUN, BSPP, MARKAS TENTERA DARAT, MARKAS TENTERA UDARA DAN MARKAS TENTERA LAUT. MOHON MAAF ATAS APA JUA KHILAF YANG PERNAH SAYA LAKUKAN DALAM SEDAR ATAU LUAR SEDAR. UKHWAH KITA AKAN TERUS TERJALIN KUKUH"
Semasa menerima Anugerah Pekerja Contoh Kementerian Pertahanan bagi tahun 2011 pada bulan Februari yang lalu, naluri saya sebenarnya telah terlebih dahulu terasa bahawa inilah masanya saya akan ‘dipancing’ pihak-pihak tertentu untuk beralih angin. Naluri itu sentiasa benar…Sebenarnya bermula dari bulan Mac lagi kedudukan saya telah tidak ketentuan.apabila ‘diusha’ beberapa pihak. Cumanya…saya hanya bertindak dalam diam. Saya lebih suka menunggu dengan penuh AKUR. Dalam penantian itu, ada juga terjadi saat-saat ‘cemas’ apabila menerima arahan lapor diri 24 jam di ‘singgahsana’. Walau bagaimanapun setelah menimbang tara pro dan kontra serta kemampuan maka keputusan muktamad telah dibuat.
Pintu masuk utama pejabat baru saya...WISMA PUTRA!
Dengan rasminya bermula 1 Jun 2012 saya akan bergelar warga WISMA PUTRA di KEMENTERIAN LUAR NEGERI. Semoga disana nanti saya akan menemukan sesuatu yang lebih baik dan sejahtera. Semoga juga satu impian bermakna dalam kerjaya saya akan menemui noktahnya disitu….InsyaAllah. Saya tinggalkan semua kenangan manis, masam, masin, pahit, duka dan apa jua warna dan rasanya yang saya kutip di MinDef dengan berlapang dada dan disinilah saya belajar erti kasih sayang dan CINTA yang ternyata telah mendewasa dan mematangkan saya. Pengalaman ini semahar emas nilainya.
Andai tersesat di Putrajaya...rogerlah saya. Bermula semula era menjadi penghuni Putrajaya...

Tuesday, 24 April 2012

BUMI KEMBOJA

Setelah penat berdepan dengan tugasan pejabat dan sosial yang melambak, pada 12 hingga 14 April yang lepas saya berpeluang menjejak bumi Kemboja atas beberapa urusan. Kesempatan ini saya gunakan untuk merehatkan minda sementelah perjalanan kali ini ditemani beberapa teman. Saya dan Puan Ruzinah telah terlebih dahulu menempah penerbangan ke Phnom Penh menggunakan MAS, manakala group Dato’ Rosini, Puan Rihatun Abddah, Puan Fauziah dan Tok Jah menggunakan AirAsia. Mereka sampai awal daripada kami ( suboh sapieee..kata org..). Seperti biasa akan ada teman di bumi Kemboja yang sudi menjemput kami di airport. Shahril telah setia menanti dan kami terus dibawa ke hotel Holiday Villa milik orang Malaysia. Macam biasa, saya sukar untuk meneruskan perjalanan sekiranya tidak membasahkan badan terlebih dahulu. Mandi manda kecepak kecepuk sekejap di bilik hotel dan kemudian kami terus menuju ke……..
Sebelum itu, ada sesuatu yang nak diceritakan dalam penerbangan saya ( MH 752 ). Oleh kerana seat yang tak berapa nak penuh, kami dipelawa untuk mendapatkan tempat duduk terbaik dibahagian belakang pesawat. Memang seronoklah sebab takde sape nak ganggu…senang nak pergi toilet sebab dekat. Sebelum tu, dalam pesawat kali ini kami agak pelik sebab cabin crew semuanya lelaki. Yang pwanita..biasalah diarahkan menjaga di business class. Saya macam biasa, lepas fasten your seatbelt…zzzzzz…Tahu-tahu Puan Ruzi dah ada kat kitchen dengan cabin crew…jual kerepek pisang home made rupanya…( mak dia yang goreng semalam..) Hasil ‘jualan’ kerepek pisang tu, kami dibekalkan dengan 4 kotak besar jus quava, 4 tin coke dan sebungkus besar kacang. Berbaloi jugaklah Puan Ruzi ‘berniaga’..hehehe. Lagipun menurut cabin crew tersebut, harga minuman kat sana agak mahal..so, bertuahlah kami kerana memilih MAS. Sayangnya kami berdua tak minum coke, tapi takpe..itulah yang menjadi ‘buah tangan’ untuk melegakan haus Sharil dan driver tempatan. Kami bagi semuanya pada mereka.
Masing-masing beria-ria tawar menawar…kami habis ribu-ribu dolar kat sini…:-) tetapi memang berbaloi..
Memancar….pilih aje yang mana suka
Pelabur Malaysia yang paling banyak melabur di Kemboja…hihi..
Saya suka pasar ini sebab berbumbung dan bannyyaakkk kipas..berbanding Ben Tanh Market di Vietnam yang sangat panas dan sesak.
12 APRIL 2012
Setelah check-in di hotel, of course kami tak kan buang masa. Terus aje berjumpa group pertama yang sedang tawar menawar. Tapi sebelum tu, waktu makan saya harus on time, kalau tidak..mulalah badan buat perangai. So, kami terus ke Restoran D’Nyonya. Kat sana Tuan Kolonel Adnan telah sedia menunggu, Penasihat Pertahanan Malaysia di Phnom Penh. Sebenarnya dah lama Kol. Adnan menjemput saya ke Phnom Penh, hanya sekarang saya berpeluang. Akhirnya hasrat itu tertunai juga. Saat memesan makanan, semuanya makan yang ringan-ringan aje tetapi tidak saya, Nasi Ayam menjadi pilihan. Saya harus makan nasi kerana setiap hari saya bersarapan sesuatu yang ringan iatu segelas quaker oat sahaja. Jadinya lunch wajib sesuatu yang boleh menampung tenaga untuk saya. No kudapan sebelah petang dan malam cukup dengan sesenduk nasi dan banyakkan lauk. Semuanya memang dah lapar. Kebanyakkan diantara kami memesan asam laksa dan kueyteow goreng. Tiba-tiba sampai beberapa pinggan buah mangga yang telah siap dipotong cantik. Perrrgghhh…sedap giler. Memang tengah musim buah mangga. Makan tak ingat dunia…. Kemudian datang pulak auntie yang jual batu permata ( kenalan baik Kol. Adnan ) bawa DURIAN. Memang cantik dan Nampak sedap sangat durian tu…tapi sayang..SAYA TAK MAKAN DURIAN…huhu. Puan Fauziah nampaknya memang ‘hantu’ durian. Sepinggan yang diperuntukkan untuk saya dan Puan Ruzi, habis dimakan. Lunch kami disulam dengan gelak tawa dan memang happening. Lupa sebentar status saya dikalangan mereka....hihi..
Makan tengahari di D’Nyonya…perut memang tengah lapar waktu ni..
Kunjungan pertama ini membawa kami ke beberapa tempat. Antaranya Russian Market atau dikenali sebagai Psar Toul Tom Poung. Senibina pasar ini adalah daripada colonial Perancis yang direka oleh Desbois. Pasar ini dibuka pada tahun 1937. Telah melalui proses pembaikan melalui dana dari French Developmeny Agency dan dibuka semula pada tahun 2011. Pelbagai barang didagangkan disini. Tapi ianya agak panas dan seperti biasa saya kurang ketahanan pada cuaca panas. Jadinya saya kurang ‘membuka dompet’ disini. Tetapi yang lain, sentiasa ‘membuka dompet’. Kemudian kami ke Central Market, bukan CM tau..hihi..juga dikenali sebagai Psar Thmei. Yes..disini saya agak suka sebab tempatnya luas dan berbumbung, lepas tu ada baannyaakkk KIPAS..hahaha. Kami agak lama disini ( bukan agak lagi..memag lama, sampai kedai tutup ). Dompet memang sentiasa ditangan saya. Antara barangan yang saya tertarik disini adalah batu permata. Memang matlamat saya kesini adalah untuk mendapatkan batu permata yang berkualiti untuk sekeluarga. Saya mencari Sapphire dan aquamarine. Alhamdulillah saya ketemu kedua-duanya dan tanpa fikir panjang saya beli aje meskipun kosnya agak beratus-ratus USD supaya matlamat saya tercapai. Selebihnya saya membeli beberapa cenderahati untuk keluarga dan kawan-kawan rapat. Menjadi kebiasaan saya akan membeli sesuatu yang pelik dan sukar didapati di Malaysia. T-shirt juga tak ketinggalan..memang murah..3 helai kosnya hanya USD5. Akibatnya hampir 20 helai saya borong. Mohon maaf kesemua dagangan itu tidak dapat saya pamerkan. Kalau nak tengok, tunggu raya nanti sebab semua batu permata itu akan dibentuk sedondon untuk kami sekeluarga…hehehe. Kedai pun dah tutup…lebih kurang jam 7 malam semuanya mengheret dagangan ke bilik penginapan. Puas????
13 APRIL 2012
Kami mempunyai sedikit ruang untuk meneruskan pengembaraan dibumi yang dibangunkan dengan airmata dan darah ini. Kami ke kawasan pedalaman untuk melihat bagaimana rakyat Kemboja menjalani kehidupan. Sepanjang perjalanan menggunakan van sewa, kami dapat melihat yang kaya dengan kekayaannya dan yang miskin dengan kemiskinannya. Jalanraya tidak begitu sempurna, jadinya perjalanan agak perlahan. Menurut pemandu pelancong kami, Karim..purata gaji rakyat Kemboja hanyalah sekitar USD50 sebulan. Bayangkanlah dengan amaun sebegitu, pastinya mereka makan ala kadar dan bersuka ria ala kadar juga. Teringat saya dengan jumlah itu semalam, saya membeli sebiji batu permata kecil berkualiti tinggi untuk dihadiahkan pada keluarga. Batu kecil itu sebenarnya sama dengan nilai sara hidup mereka sebulan. Bertuahnya kita.
Perjalanan hampir 45 minit itu membawa kami kesebuah tempat yang dikenali sebagai ‘The Killing Field’. Juga dikenali sebagai Pusat Genosid Choueng Ek. Choueng Ek adalah padang pembunuhan paling terkenal daripada 300 padang pembunuhan lain di seluruh Kemboja. Ianya adalah sebuah tapak peringatan. Entrance fee yang dikenakan adalah sebanyak USD5 dan kemudian kami dibekalkan dengan satu sistem audio dan kami boleh memilih bahasa yang kami kehendaki. Ketika memasuki ruang tapak pembunuhan ini kami telah diingatkan supaya berpakaian sopan, bercakap dengan suara yang perlahan dan jangan merokok. Untuk langkah selamat bagi saya yang memang gemar bergurau, kami ambil keputusan untuk berjalan berasingan. Mendengar pengkisahan mereka yang dibunuh beramai-ramai sememangnya meruntun hati. Hampir 1 ½ jam diperuntukkan disini. Untuk menceritakannya mungkin sukar kerana kejadian ini berlaku ketika Pol Pot dan Khmer Rouge memasuki Phnom Penh sekitar 17 April 1975 ( saat saya belum lagi dilahirkan..). Kesengsaraan mereka yang tergolong dari para cendiakawan dan bijak pandai ini berlangsung hampir 4 tahun. Jadinya, segalanya hanya mampu saya ceritakan melalui gambar-gambar dibawah.
Tempat pengumpulan tahanan sebelum dibunuh.
Pada akar pokok ini ada mangsa yang dibunuh.
Kubur yang digali dan menempatkan 450 mangsa.
Tapak kubur beramai-ramai.
Pakaian mangsa dan kain yang digunakan untuk menutup mata dan mulut mereka.
Cebisan kain yang masih tertinggal di atas tanah dan dilarang pijak!
Kubur yang menempatkan 166 mayat tentera tanpa kepala.
Di pokok inilah bayi-bayi dibunuh dengan kepala mereka dihentakkan ke batang pokok tersebut.
Tugu Peringatan yang menempatkan tulang dan kepala tengkorak hampir 9000 mangsa.
Setelah selesai ronda..baru boleh jumpa semula..Me and Pn. Ruzi.
Setelah habis round...Pn. Abddah, Pn. Fauziah,Tok Jah, Dato' Rosini, Me and Pn. Ruzi.
Setelah penat, tiba masa untuk isi perut. Kami menjamu selera di Restoran D’Wau pula kali ini. Saya yang sedang berdiet hanya makan ikan siakap kukus dan nasi putih sahaja disulam dengan air sirap bandung. Legaaa…Yang lain menjamu sup ekor Kemboja yang istimewa ( kata merekalah sebab…sekali lagi saya tak makan DAGING..hehehe). Sup tu dibuat dengan menggunakan sejenis daun yang rasanya masam manis dan daun tu hanya ada di BUMI KEMBOJA. Tengok mereka makan memang nampak best sangat tapi sentiasa ingat ‘DIET..DIET..DIET’. Lepas makan, kami pulang ke hotel untuk melegakan badan sementelah tadi kami ke kawasan pedalaman jadi banyak ‘benda’ melekat kat badan..tak selesa.
Sebelah petang, satu rancangan telah diatur..Cruise sepanjang Sungai Mekong. Memang best sangat. Saya dan Puan Ruzi berjanji pakai baju yang kami beli di F.O.S Kemboja. Sepanjang cruise yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah, sessi bergambar ajelah…ada juga yang berborak dan seperti biasa, kami sulam dengan gelak tawa. Cruise ini disertai Shah dari JPM. Saya berpeluang melihat satu lagi kedhaifan hidup. Masyarakat yang berjuang hidup dengan sebuah perahu di atas air sungai bersama seisi keluarga. Sempat juga mereka melambai tangan pada kami dengan baju yang sangat-sangat lusuh. Terpandang saya pada baju dibadan…masih bau kedai lagi. Menurut Karim, mereka ini adalah warga Vietnam yang ‘derhaka’ pada tanahair. Mereka melarikan diri ketika perang meletus. Jadinya mungkin ini pembalasan untuk mereka, hidup di Kampung Atas Air. Sebagai manusia, walau apa pun sejarah hitam lampau mereka, simpati tetap meruntun dihati. Saya sekadar dapat melihat dan berdoa dalam hati moga tuhan berikan kekuatan kepada mereka andai ribut melanda, ikan jerung datang dan apa jua musibah yang berkemungkinan untuk terjadi. Kasihanlah pada anak kecil itu.
A Royal Museum...
Sebagai keluarga kerabat..wajib menjengah Royal Museum…Pn Ruzi, Pn Abddah, Me, Tok Jah, Dato’ Rosini dan Pn Fauziah.
Posing sebelum ‘belayar’…
Pilih..pilih..mana satu yang berkenan…
Hepi menghirup udara Sungai Mekong…
Asyik snap gambar orang..ada jugak terselit gambar saya…dengan mata yang menahan very hot sunset!
Penduduk di kampong air…inilah rumah mereka..perahu…
Setelah selesai aktiviti cruise, kami terus menuju ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh untuk sessi ramah mesra dengan semua keluarga perwakilan. Saya teruja untuk melihat bangunan baru yang dibina ketika saya ‘memerintah’ akaun panjar…hehehe. Memang cantik dan sangat selesa. Makan malam kami ditaja oleh Shahril dan isterinya Ida. Ikan patin masak tempoyak, sambal tumis udang, sayur campur, sambal belacan dan ulam-ulaman. Meskipun saya tak makan DURIAN tetapi saya makan TEMPOYAK. Lebih seronok kerana dapat bekerjasama didapur..sempatlah saya goreng sayur campur dan ‘perangat’ ikan patin..hahaha. Lari diet saya mala mini, kebiasaannya hanya sesenduk nasi, tapi mala mini saya makan hampir 4 senduk dek penangan patin tempoyak. Sisa malam dihabiskan dengan berbual bersama dengan semua keluarga perwakilan. Mereka memang baik dan mengujakan apabila kami dijemput untuk datang lagi. Lebih seronok apabila Kak Pah ( Pegawai Pejabat Kedutaan ) mempelawa tajaan makan tengahari esok. Semestinyalah tidak ditolak..hahaha.
Saya suka gambar ni…cikgu ‘pinano’ yang vogue…hehehe..
Berhadapan RUMAH MALAYSIA – Chanteekkk!
The best thing in the world…friendship!
Dihadapan Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh yang dibina dizaman ‘pemerintahan’ saya…hahaha..
Pintu masuk Kedutaan Besar Malaysia.
We are looking forward for our next trip…InsyaAllah.
14 APRIL 2012
Hari terakhir dan bermakna hari untuk pulang. Ada beberapa jam lagi sebelum balik kami peruntukkan untuk bershopping lagi. Kami ke Russian Market sekali lagi dan kemudian ke beberapa outlet untuk mencari ‘buah tangan’ kawan-kawan yang baru teringat malam tadi. Selesai shopping and check-out dari hotel, kami meluncur laju ke rumah Kak Pah untuk jamuan tengahari. Ikan Talapia bakar, kerabu jantung pisang, sup ekor, masak lemak labu dan sambal belacan. Perrgghhh…memang kenyang perut. Terima kasih Kak Pah for lunch and terima kasih Shahril/ Ida for last night dinner. Superrbbb…walaupun mereka ni dah hampir 4 tahun meninggalkan Malaysia. Air tangan masakan kampong tetap segar.
Saat untuk berangkat, kami terpisah semula…saya dan Puan Ruzi ke kaunter MAS, manakala Dato’ Rosini, Puan Rihatun Abddah, Puan Fauziah dan Tok Jah ke kaunter Airasia. Satu perjalanan yang sangat indah di bulan April. Perjalanan ‘BUNGA APRIL’ yang penuh makna. Saya mendoakan agar BUMI KEMBOJA dirahmati dan rakyatnya diberi kekuatan bagi membangunkan sebuah Negara yang berlatar sejarah airmata, duka dan darah. Yang tahu dan rasa hanyalah mereka..kami hanya melihat dan tidak akan berhenti melihat kerana terlalu besar kemungkinannya untuk kami kembali ke BUMI KEMBOJA.
Pn. Ruzi, Pn. Fauziah, Pn. Abddah, Little Sufi, Tok Jah, Me and Dato’ Rosini… Meredah ‘pancaran matahari’ sebelum berangkat pulang…kenangan manis di BUMI KEMBOJA.
Ini aje foto-foto yang dapat dikongsi kerana selebihnya adalah seperti biasa…disimpan sebagai koleksi peribadi dan hanya untuk tatapan peribadi insan-insan yang melengkapkan hidup saya.
Tip yang dapat dikutip sepanjang 3 hari 2 malam di bumi Kemboja :
1. Syukur teramat kerana apabila merasa diri susah rupanya ada lagi insan yang 3X lebih susah…
2. Kunjungan terbaik adalah pada bulan Oktober hingga Disember kerana cuacanya sejuk.
3. Pastikan passport dan barang berharga tidak dibawa bersama ketika berjalan kerana banyak pencopet.
4. Kemboja tidak menyediakan wang syiling, perbelanjaan adalah menggunakan USD. Sekiranya ada baki dalam sen, anda akan menerima wang kertas dalam matawang Riel.
5. Jangan sesekali memasak air dari paip untuk diminum. Menurut mereka, meskipun dimasak 10X, kotorannya tidak akan hilang. So, beli aje air mineral.
6. Sekecil manapun nilai wang, adalah besar bagi mereka. Airmata saya menitis tatkala melihat seorang budak sujud dikaki kami memohon ehsan agar membeli sekampit jagung untuk diberi makan kepada burung merpati. Harga sekampit jagung itu hanyalah USD1.
7. Nilai persahabatan yang tiada sempadan meskipun dalam group kami terdapat VIP. Tetapi kami mesra dan enjoy.
8. Jangan beri tips yang banyak sangat kepada pemandu pelancong atau pemandu van kerana dikhuatiri mengganggu market. Cukup sekadar antara USD30 – USD50.
9. Jika terserempak dengan kemalangan, jangan cuba nak jadi hero untuk menyelamatkan kerana selepas sampai kehospital dan semua urusan selesai, mangsa akan membuat helah dengan menuduh kita sebagai orang yang bersalah.
10. Untuk yang datang bukan tujuan bershopping, bagi trip 3 hari 2 malam, USD300 sudah cukup memadai :
i) Hotel : USD35 pernight ( Twin Sharing..so make sure pergi dgn kawan yang boleh duduk sebilik kerana kos akan jadi lebih murah )
ii) Sewa van ( 9 seater ) – USD20 untuk 3 hari
iii) Makan – USD50 untuk 3 hari ( sekiranya tanpa tajaan…hehehe )