PERSAHABATAN DI SERATA DUNIA



Peluang meredah dunia dan dunia diplomatik memberikan saya kesempatan menjalin hubungan persahabatan dengan pelbagai jenis bangsa. Kebanyakkan mereka adalah yang bertugas di Pejabat Kedutaan/ Suruhanjaya / Konsulat Jeneral.

Mereka yang saya kenali juga adakalanya rakyat Malaysia yang menetap di luar Negara, lalu mendapat peluang bertugas di sana. Mereka lebih sinonim di panggil Local Recruitment Staff (LRS). Apa jua pun bangsa mereka, keramahan dan ketamahan mereka mencuri hati saya. Lalu perhubungan tersebut dapat berjalan bertahun-tahun lamanya. Mereka ini kadang-kala sehingga mencapai tahap berkongsi luahan pengalaman mereka di sana.

Sesuatu yang menyeronokkan adalah apabila mereka datang ke Malaysia samada untuk pulang ‘balik kampung’ atau melancong, mereka tidak pernah lupa ‘mencemar duli’ bertemu dengan saya. Duduk seketika di restoran sambil menikmati secawan the Tarik dan roti canai yang dirindui.

Bagaimana hubungan ini boleh kekal? Menghormati setiap ciri yang ada dalam perbezaan bangsa, budaya, gaya hidup, pemikiran dan keputusan adalah kunci. Hormat perlu dipupuk, tanam dan semai dengan baik. Persahabatan bukanlah bererti harus selalu berjumpa, meskipun sangat jarang berjumpa, kadang-kala sahaja berbual bertanya khabar melalui telefon, perhubungan Tetap kukuh.

Dengan jaringan media social yang canggih sekarang, tiada alasan untuk membiarkan sebuah persahabatan terkubur. Saya rasa bertuah kerana dalam seribu orang di dunia ini, mungkin saya antara yang jarang-jarang terpilih untuk mendapat jalinan ukhawah yang sebegini hebat dengan PERSAHABATAN DI SERATA DUNIA.

Ketika di Frankfurt, student saya ada minah salleh. Stef yang bertugas sebagai penterjemah sangat senang didekati.



Antara mereka ini saya rapat dengan Shane dan Nunu yang saya temui di Berlin. Rajin menghubungi saya tentang kerja. Saya berdoa kesejahteraan buat mereka.



En. Majid adalah LRS pertama dari Singapura yang saya jumpa. Sangat soft-spoken dan sungguh menghormati orang, jika menelefon pasti ketika marah, saya jadi lembut. Kebetulan pulak attire kami sama ketika foto dirakam. Adatnya orang muda, menghormati yang lebih berusia.


Tiga (3) orang LRS yang menjadi sahabat baik saya ketika menemui mereka di Canberra, Australia. Marilyn paling hujung, sangat suka memuji saya sehinggakan saya jadi malu. Koko ( orang Indonesia)  dan Gaik pula masih berhubungan dengan saya.


Sebelum berangkat pulang ke Frankfurt, saya mengabadikan foto yang menjadi saksi saya mesra dan suka dengan jalinan persahabatan antara saya dan mereka.


Mick, pemandu dari Korea yang khabarnya seorang artis youtube. seronok mendengar dia bercerita sambil menyanyi.



Inilah Hasan dalam penceritaan naskah RSAJourney. Orang Bosnia yang bertugas sebagai pemandu di Zagreb. Dia menghadiahkan saya dengan gelak tawa. Jika ada rezeki, saya mahu bertemu semula dengannya untuk mencari tawa.


Berkenalan dengan masyarakat Jepun adalah sesuatu yang sangat berharga kerana saya belajar banyak tentang budaya, cara kerja, pemikiran mereka. Terima kasih Makiko Chiba, Konomi Shioya, Kenji Goto, Keiko Ohbu, Shin Ikegaya. Sebahagian mereka tiada dalam foto ini. 


Bertugas di Riyadh agak mencabar bersama dengan Siraj dan Ahmed. Namun menjadi pengalaman yang sangat bernilai.


Inilah LRS  dari Washington yang akhirnya menjadi sahabat karib saya berkongsi cerita-cerita, Cherilyn! hai Lyn!


Ivana Popovic dan Ljiljana Dusanic, sahabat yang saya kenal dari Belgrade. Ternyata rakyat Milosevic yang baik hatinya. Sentiasa menitipkan semangat dan kata-kata positif.



Paling istimewa apabila saya berkesempatan berjumpa dengan senior, jiran dari kampung saya. Kak Yati yang kini menetap di Los Angeles setelah mengahwini rakyat tempatan. 

Ramai lagi LRS yang telah menjadi sahabat dan kami masih terus berhubungan. Cuma sebahagian daripadanya saya tidak sempat merakam foto, dek kesibukan tugas atau mungkin juga kerana berbual itu lebih seronok. Dedikasi saya khas buat :

Debby, Johan, Katrina dan Hafiz dari Geneva.
En. Azman dari Brussels
Hanif, Hisham, En. Rais dari Jeddah
Laimes dari Helsinki
Cikgu Ai Choo dari Perth

dan ramai lagi........

Terima kasih dari RSA!






Comments

Popular Posts