ENAM SEKAWAN - TAKLUK BANGKOK SAMPAI BENGKOK




Enam sekawan - kami kawan sampai bila-bila

Sabun mana sabun? Jika kita rasa kita susah, ramai lagi orang lain yang susah. Mesti korang semua ingat sangat ayat aku ni kan.

Sebetulnya perjalanan 6 sekawan ini adalah satu perjalanan yang telah dirancang bertahun lamanya. Dari nak jadi, tak jadi. Dari tak jadi, memang tak jadi. Dari hampir sangat nak jadi, tak jadi dan akhirnya dari keikhlasan segalanya menjadi.


Terbang juga kami akhirnya. Alhamdulillah. 

Sepatutnya kami terbang bertujuh (7), tetapi sehari sebelum bertolak, Mona ada urusan yang lebih penting perlu diuruskan. Lagipun, Mona dah selalu ke Bangkok. Namun Tetap kami berasa ralat kerana seharusnya Bangkok digegarkan dengan gelak tujuh sekawan tetapi menjadi enam sekawan. Miss jugak kat Mona sepanjang trip ni. Tapi kami tahu, mesti Allah nak rancangkan satu trip lain yang lebih happening dengan Mona.


Sampai hati depa Mona, depa letak budak tu jadi pengganti kau.

Nak tiket murah kenalah berkorban, kami ambil tiket paling awal. Lagi satu sebab kami tak nak rugi masa. Sampai awal kami akan punya banyak masa tambahan untuk sebarang ‘perlawanan’. Aku teruja ni sebab kali pertama aku ke Bangkok. Sebelum ni sampai setakat transit aje. Macam-macam dengar pasal Bangkok buat aku seriau. Bila enam sekawan dah berkumpul, mulalah suara tak boleh control. Lepak Starbuck macam lepak kat dining hall sendiri. Minum coklat panas secawan aje pun, berlagak macam beli 10 cawan. Itu hakikat, tak boleh sangkal kalau kami dah bergabung.

Gambar selfie paling cantik yang aku pernah tangkap. jahat korang!

Sampai di airport dalam jam 9.40 waktu Malaysia dan beza sejam awal dengan Bangkok. Maknanya jam 8.40 waktu tempatan. Selesai urusan imigresen, terus meluru ‘nyawa’, beli dulu sim kad tempatan agar dapat melayari media social dan aplikasi whatsapp. Penting untuk beritahu keluarga bahawa kami telah selamat mendarat.

Lapar weehh masa ni, sebab kat airport tadi minum coklat je. 

 Ada orang ketagih dengan pisang goreng ni. Ampunn nak mencarinya. Nasib kau Liza.

Alhamdulillah, jumpa dengan orang yang baik-baik.
Staff Sarjan Amran membantu kami untuk menuju ke lokasi hotel. Sebelum itu, kami dibawa menjamu selera dahulu di Restoran Barakat Halal Food. Kat sini, kami terpesona denga pisang goreng yang disajikan rangup. Makan nasi ayam dan daging dengan sup ekor yang marvellous. Resipi tempatan yang menggugat selera saya. Untuk makluman, misi saya ke Bangkok bukan untuk membeli belah, saya lebih kepada misi mencari juadah. Mesra dengan panggilan AM, kami menikmati juadah tengahari dengan sangat lahap. Laparlah katakan. Saat nak membayar, kami dimaklumkan bahawa bil kami telah dibayar oleh seorang wanita yang sempat berbalas salam dengan kami tadi. Allahuakbar, murahlah rezeki dia dan semoga Allah memeliharanya sekeluarga.

Aku kalau takde gambar sensorang, memang tak lah kan.

Check-in hotel. KIM KORNER HOTEL.

Murah, selesa dan sangat dekat dengan syurga beli belah. Tak perlu nak hotel mahal-mahal sebab semua rasanya nanti sama. Yang penting kami mahu kan kebersamaan. Berada di kawasan Pratunam, memang molek sangat dah. Kami ditawarkan connecting room, pantas aje menjawab yes, please!” . Sampai tingkat 3, baru tahu maksud connecting room di Thailand. Pintu berdepan-depan bukannya pintu yang bersambung. Bantai gelak semua enam orang. Akibatnya, pintu bilik 305 dan 306 sentiasa terbuka dan ditutup hanya waktu malam sahaja, saat mata mengantuk. Berborak tak ingat dunia sampai kena tegur dengan orang bilik sebelah. Ada satu malam, teringatkan MONA, kami video call dengan dia. Masa tu lah, gelak bertebaran sampai dapat panggilan dari meja reception. Buat-buat tak dengar, basuh kaki terus tarik selimut. Tidurlah korang!

Malam tadi dah kena marah, pagi-pagi keluar pakai baju biru, malu lah tu kann....hehehe

Aku nak share kat sini makanan yang kitaorang sempat rasa dan memang superb. Tambahan satu malam dapat makan kat restoran sebab ada orang belanja. En. Fendi, kaunselor Pertanian yang saya kenal hanya melalui telefon, akhirnya berjumpa juga. Sejenis manusia yang boleh melayan kitaorang. Gelaknya sama naik, hilai dan mengarut pun sama naik. Sekepala kata orang. Terima kasih Fendi atas perkongsian cerita-cerita, paling best bila orang tu bercerita tentang mak dia dalam setiap perbualan, tandanya dia budak baik ataupun dia ANAK MAK! Terima kasih atas hidangan yang sedap, next time balik Malaysia belanjalah lagi okay……


Jejaka dua orang yang baik budi bagi kitaorg makan banyak. Tq Fendi dan Am. Jangan serik ya.


Telur dadar pun sedap sangat kat sana. Macam kat Malaysia takde. Beza woii...serius.



Ini semua lauk pauk yang buat berat aku menambah, badan membulat. Aku redah je sebab misi aku dan kawan-kawan memang mencari juadah.

Seterusnya kami merasa naik train dan MRT menuju Chatuchak Market yang bersiaran langsung hanya pada hujung minggu. Besar mak aaiii pasar ni dan segala macam benda ada. Cuaca panas memang sedikit meletihkan aku tapi mujur aku ada kawan, ALONG memang pantang nampak kerusi, dia punyalah jawabnya…:-D. Aku menumpang untuk berehat juga seketika. Ambil pendekatan banyakkan minum air kosong adalah tindakan bijak, aku tak cepat sangat penat dan bertenaga meneroka pasar ni sampai petang. Korang wajiblah pergi pasar ni sebab segala benda ada. Aku? Cari sabunlah apa lagi.Tapi ada seorang lagi yang pantang tengok benda kat Bangkok ni, YAN kalau tengok seluar habis semua nak dibelinya. Mujurlah dia comel, muat aje seluar tu dengan dia. Beli seluar cantik-cantik, nak pakai tidur aje pun….:-D


Kecoh masa dalam train ni, kesian perempuan yang duduk tu nak tidur tak lena.





Sibuklah diaorang ni membeli mangkuk tingkat. nak pinjam sekejap pun tak kasi. kedekut!

Hari ke-3, subuh-subuh dah bersiap, kitaorg decide nak pergi tengok apa yang istimewa sangat Maeklong Railway Market. Katanya tempat keretapi lalu tengah-tengah orang jual barang kat pasar. Meh lah kita tengok. Apa yang aku Nampak sebenarnya lebih kepada masyarakat tempatan yang berniaga dan berusaha menarik pelancong membeli dagangan mereka. Bagus juga, pengalaman baru apabila dapat melihat gelagat pelancong yang datang dari pelbagai negara. Sempat menghirup kopi railway dengan roti susu kesukaan LIZA. Aku macam biasa, cari air coklat aje.


Inilah railway market yang famous dok kata orang tu. Atas landasan wajib posing.


Si Liza tak habis dengan roti susu dia ni. sedap sangat katanya.


Aku lagi suka dim sum ni, banyak betul kitaorg makan. halal dan sedap.


Haaa...ini satu lagi favourite aku. makan berpinggan pun takde hal. sedap sangat wehh.


Tak tahu apa jenis cili dia letak dalam somtam ni. Pedas ya amat. Berair biji mata kitaorang. Ini kot yang buat aku sakit perut.

Habis kat sini, kami menuju ke Floating Market pulak. Takde apa sangat kat sini, kami mencuba naik boat yang disediakan dalam pakej. Merecik air sungai kat muka aku sebab boat ni penuh. Gelak lagilah jawabnya sampailah satu saat perut aku meragam. Sure sebab banyak sangat telan tomyam malam tadi. Habis naik boat, terus kami diturunkan di satu kawasan. Masa ni perut aku dah tak boleh kawal. Meluru terus ke Restoran Burger King. Yang lain pun tumpang sekaki sebab tandasnya bersih dan ada air. Lepas lega, mulalah rasa lapar balik, kitaorg guna google map aje cari restoran halal. Jumpa pun, gerai Aishah. Kat sini, malas nak cakap…popia goreng dengan satay dia memang mengancam. Sedap ya ampun. Makan lagi tak ingat dunia.


Nak tergolek aku naik boat ni. Depa syoknya kat depan tu snap selfie senyum-senyum. Kita je yang tahu apa jadi kat belakang kan Along.

Malamnya kami putuskan untuk kemas beg selepas puas urut kaki. Macam-macam perangai, dahlah risau kot-kot tak cukup luggage, ada pulak yang rajin nak bawa balik beg plastic @ supit gelenyar, macamlah kat Malaysia takde. IDJA oh IDJA !


Pakcik pakai bedak sejuk tu lah yang masak tomyam sedap perggh. Aku lupa nak tanya dia, awat pakai bedak sejuk sambil memasak. Next time lah aku tanyakan.


Melepak sekejap kat tangga, sambil fikir nak cari tukang urut kaki. Lega.

Sampailah pada hari nak balik, TANTY ni Bangkok dah macam kampong dia. Dialah yang uruskan breakfast kami sebelum berangkat ke airport. Makan nasi goreng telur mata memang terbaiklah sarapan kami. Kenyang sampai ke airport. Satu hal Tanty, kenapa kau suka sangat letak buah mata kucing tu kat tengah-tengah laman bilik kita. Mujur aku tak tersungkur. Alang-alang letak, better letak kat depan pintu. Buka pintu, nampak rezeki namanya.

Kalau husband aku tahu, habislah lesen terbang aku. Driver tut tut kitaorang main kejar-kejar dan racing. Kekiri Kekanan aku dibuainya. Jujur, takut giler aku kat dalam tu. Alhamdulillah semua selamat. Tapi tut-tut aku kalah, last sekali. Tak hebatlah driver aku ni, sembang aje lebih.



Waktu nak baliklah kita akan rasa kenapa cepat sangat masa berlalu. Masa nak tunggu tarikh terbang, lama betul kitaorang rasa. Senyum tanda puas!

Landed di KLIA2, masing-masing muka monyok. Bukan sebab penat sangat tapi sebab keseronokan yang akan terhenti seketika. Tapi kami dah berjanji, keseronokan dan ukhwah ini akan berjalan selamanya. Cukup dengan kami bertujuh, tak perlu tambahan korum lagi. Memadai. Seminggu kami tak boleh nak move on, asyik teringat apa jua aksi yang kami cipta di Bangkok. Persahabatan kalau ikhlas, sampai bilapun tak terbalas.


Ntah kenapa aku suka gambar ni. semacam aksi yang penuh nada jujur dengan cerita dalam gaya. Sorry Along dengan Liza takde sebab Along cari kerusi, Liza tukang snap picture.
*Jangan nak tango sangat Tanty...:-D

Korang – jaga diri baik-baik, biar bersahabat sampai uban memutih, sampai pinggang kita bengkok, sampai gigi tinggal sebatang. Jaga persahabatan ini.

Aku tulis tak panjang sangat walaupun banyak lagi sebenarnya yang aku nak kongsi. Tapi tulisan aku jujur, dari hati aku yang luhur macam yang aku cakap kat microfon hari tu.

Bangkok – aku puas dengan juadah mu!


Ehh Korang, sabunlah. Sabun lagi!


Comments

Popular Posts