KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN - MOSTI
Syukur Alhamdulillah kerana pada 13-15 Mac yang lalu, saya dan seorang sahabat, Saudara Saadin Abdullah telah diberi peluang untuk mengendalikan kursus Komunikasi Berkesan anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ). Sepanjang kursus berlangsung, kami semua bagaikan adik-beradik dan seolah-olah telah lama mengenali antara satu sama lain.
Intipati dan objektif kursus adalah untuk membina keyakinan berkomunikasi dan seterusnya mencari makna kebahagiaan bagi dikecapi dan dinikmati secara total dalam kehidupan sama ada bergelar penjawat awam mahupun seorang ibu, kawan, anak dan akhirnya..MANUSIA.
Dipenghujung kursus, saya berjaya menikmati rasa bahagia apabila dipertemukan dengan jaringan rakan-rakan baru iaitu para peserta yang sangat-sangat sporting dan menghiburkan. Akhirnya saya menganggap mereka sebagai penghibur baru dalam hidup saya. InsyaAllah kita akan dipertemukan diruang-ruang yang akan datang. Pada mereka..semoga menemukan kebahagiaan dalam hidup. Disini..saya kongsi wajah-wajah ceria ini untuk koleksi peribadi.
Jah..antara urusetia yang sangat 'setia' menemani saya..hehee..tq Jah!
Puan Fatimah Jamal - Ketua Urusetia merangkap peserta yang telah banyak memberi peluang kepada saya. Tq juga yek!..
Inilah semua wajah-wajah sporting yang membahagiakan dan menceriakan saya sepanjang minggu 'letih' saya ini...tq semua ( nak mention satu-satu nama..tambah 'letih' lah saya...but no worries..kita akan ketemu lagi dalam suasana tidak formal selepas ini..InsyaAllah..)
Comments
Post a Comment