EIFFEL WITH LUV

Berkunjung ke Kota Paris, sekali pada musim panas ( 2010 ) dan sekali pada musim sejuk ( 2011 ) mengamit saya untuk berkunjung lagi pada musim luruh. Kunjungan kali ini  ( 6 Oktober 2012 ) ditemani beberapa rakan. Seperti biasa, Shikin tak kan terlepas mengekor saya..dan ditambah dengan kehadiran Puan Zainani ( bos baru saya di Wisma Putra ) dan Aizam ( adik Shikin). Misi kali ini adalah bershopping, tetapi bukan 'shopping heaven' bg saya kerana matlamat utama adalah untuk menjamu mata dengan pemandangan dan lokasi yang menarik. Pada setiap kali kunjungan, saya tidak memanjakan diri untuk 'mendaki' puncak menara besi yang hebat diperkatakan..EIFFEL TOWER yang dibina pada tahun 1889. Tetapi kali ini saya nekad, harus menakluk puncaknya meskipun saya tebal dengan sindrom GAYAT...hehehe. Setengah hari dihabiskan di menara besi ini. Berposing adalah acara wajib..ditambah dengan Aizam yang juga tak henti bersnap, siap ambik gambar sendiri lagi via handphone.hehehe. Seronok tengok. Jika nak merasa keseronokan nya, gambar-gambar ini jelas menggambarkannya.
 
Berposing kat luar dulu sebelum memulakan penerokaan..:). Pn. Zainani, Shikin, Me and Aizam.






Beratur..meskipun sejuk, cahaya matahari tetap memancar. Sorilah yea Kin, tumpang berteduh..hehehe


Inilah Menara Besi...kata orang Perancis...

Sampai atas, jom discuss dulu..angel mana nak mula posing dulu.

Escalator menuju ke atas dan ke bawah...zuuppp...lajunya..:)

Dua beradik...Shikin dan Aizam..

Berjaya juga menawan puncak...control ayu..( dalam hati mengawal GAYAT..)..hehehe

Shikin...( handbag lama..hwahwa..)

Pn. Zainani..berlatarkan Sungai Seine.

Aizam...with nice cloudy...


River Seine

Scenery from above 1

Scenery from above 2

Aizam and Pn. Zainani.

Posing lepas lega GAYAT..hehehe

Posing lagi....

Yeaayyy...






Lucky..we all kluar awal..kalau tak..see..huhuhu...






Eiffel at night...bling..bling every hour.

Sempat kejar bling..bling...sebelum pekena 'teh tarik' paris....hehehe

Menara di Kota Cinta...taklukilah seandainya termampu dan terdaya. Bisa menjadi kenangan paling manis dalam hidup. Tinggalkan kunci cinta buat yang tersayang...

Part last...ke souvenir shop Eiffel Tower..barangnya cantik..tapi agak mahal. Beli sikit-sikit buat ole-ole diri sendiri..


Ini sahaja foto yang dapat dikongsi bagi bahagian pertama ini. Seperti biasa, sedikit tips menakluk Menara Cinta...Eiffel Tower :

1. Bangun seawal pagi untuk mendapatkan tiket anda. Kaunter dibuka seawal jam 9.30 pagi...tetapi 'perbarisan' telah bermula seawal jam 7 pagi. Larat ke nak berdiri lama-lama?. But one thing salute to French..mereka handle dengan baik kaunter pembelian, so..'perbarisan' jadi laju pergerakkannya.
 
2. Terdapat 3 stage untuk menakluk menara besi ini, mengikut petugas kaunter..kita boleh beli tiket untuk second stage sahaja dan sekiranya terasa ingin ke stage paling atas..teruskan berbaris untuk menaiki lif. Tapi dek kerana kesejukan, sesond stage pun dah memadai bagi kami. Kosnya hanya sekitar Euro8.00 sahaja.
 
3. Di stage yang pertama terdapat restoran dan bagi yang betul-betul nak romantik, bolehlah pilih stage ini sahaja. Boleh duduk sambil minum kopi..makan chacos...menikmati panorama Kota Paris dan....menyulam cinta ( mengikut budaya timur yeaaa..hehehe)
 
4. Disebelah malam boleh ke datarannya, menikmati kilauan Eiffel Tower dengan curahan cahaya yang melimpah...memang cantik. Setiap sejam, ia akan 'memuntahkan' cahayanya..bling..bling..Masa nilah..sape-sape yang nak buat lamaran akan ambil kesempatan..kerana Kota Paris akan bermandikan cahaya.
 
5. Jangan terlewat...meskipun ia sebuah bangunan besi., tepat jam 7.00 malam kaunter ditutup dan tepat jam 11 malam ia berhenti bling..bling...
 
Jika berkesempatan, jenguklah ke jendela penginapan anda...saksikan menara itu..tanpa cahaya, tetapi tetap berdiri kukuh dan setia untuk terus 'memeriahkan' cinta manusia keesokkan paginya. Saya berpeluang mengintai dijendela kerana mata tidak lena dan ingatan masih terlekat di Malaysia.
 
Nantikan penjelajahan saya yang seterusnya di Kota Paris, sebelum saya menginjak ke sebuah negara lain dalam Siri Menakluk Kota Eropah 2012.
 
RSA 
Paris, Perancis
Oktober 2012



























Comments

Popular Posts