SWEET ENDING 2011 ACHIEVEMENT - PENJAWAT AWAM
Setelah genap 5 tahun saya berkhidmat di Kementerian Pertahanan, pada 3 Februari 2011 saya akhirnya dianugerahkan PEKERJA CONTOH KEMENTERIAN PERTAHANAN 2011. Kemenangan setelah melalui proses saingan yang sengit. Saya tidak pernah mengimpikan anugerah ini kerana sedari awal nawaitu saya bekerja adalah ikhlas dan jujur. Saya mahu menjadi insan jujur pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Setiap yang mengenali saya selama sedekad saya bergelar penjawat awam, tahu cara bekerja saya. Menjadi kebiasaaan untuk hadir ke pejabat seawal mungkin meskipun waktu bekerja bermula jam 8.00 pagi. Ada juga kawan-kawan yang bertanya kenapa kau sampai awal sangat kat opis. Kau tidur kat opis ke?...soalan yang biasa. Kalau aku tido kat opis..tak kanlah aku sampai pagi-pagi ni still nampak vogue…ala diva..:-) Sebenarnya saya dididik oleh bos pertama saya untuk hadir awal supaya saya dapat melakukan aktiviti sampingan saya sebelum memulakan kerja. Takdelah tergopoh-gopoh nak pergi cari breakfastlah, nak ke toilet melakukan ‘rutin’ harian lah dan yang paling penting..nak menjengah fb untuk update status dan meninjau status orang..hehehe…
Senyuumm..posing wajib setiap kali terima hadiah...
Selama 11 tahun berkhidmat saya telah menerima semua anugerah di 3 buah kementerian yang saya naungi. Syukur kerana usaha dan komitmen dihargai. Tapi bukan itu pembakar semangat saya, hanya sampingan aje..prinsip saya dalam bekerja..jangan pernah mengeluh jika diberikan tugasan yang banyak, kerana jika banyak kerja yang diberi..maka banyaklah rezeki saya..ternyata benar…rezeki tak pernah putus, ada saje tawaran yang datang yang bak kata orang muda sekarang…massyyuukkkk… Jadi pada yang masih jauh perjalanannya, saya nasihatkan tak kiralah kita ni penjawat awam ke atau penjawat swasta…anggaplah segala tugasan yang diberi sebagai proses penambahan ilmu secara percuma. Manusia dipandang tinggi dan diberi penghormatan kerana ilmunya bukan kerana rupa atau harta. Setiap patah perkataan yang terbit dari mulut orang berilmu sangat tinggi nilainya kerana itu jagalah tutur kata. Walau dalam keadaaan marah sekalipun…jangan sekali-kali gunakan perkataan yang tidak baik kerana ia jelas melambangkan siapa kita.
Kepada rakan-rakan yang menitipkan ucapan tahniah, terima kasih sahaja yang mampu saya balas. Ingin sekali berkongsi hadiah dengan kalian andai berkesempatan mengumpulkan kalian semua. Kepada semua teman-teman penjawat awam di Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Pertahanan….anda semua adalah yang terbaik. Ukhwah kita jalin tanpa sempadan. Ini aje yang sempat ditulis kerana dihambat kesibukan yang teramat-amat. Ada kelapangan saya akan menulis catatan pengalaman saya selama 11 tahun sebagai penjawat awam yang ada manis, masam, masin dan pahitnya. Tapi meskipun pahit…itulah yang paling mujarab.
Nota: Ingin sekali satu hari nanti, saya melihat ada dikalangan anak didik saya menerima anugerah tertinggi seperti ini. Saya doakan…InsyaAllah. Pada saat itu, sayalah insan paling gembira…
Gambar yang terpampang di lobi MINDEF...semenjak itu, setiap kali naik lif..ditegur dan kena senyum.
Comments
Post a Comment