FINALLY...MY NEW OFFICE!
Telah genap 11 tahun bergelar penjawat awam pada Mei 2012. Setelah bertugas di 3 buah Kementerian, masa untuk menggali telaga ilmu ke kementerian yang lain. 5 tahun di Kementerian Pertahanan adalah satu tempoh yang sudah cukup mematangkan saya. Bekerja dengan rakan sekerja yang sama skim. Tempoh ini adalah yang paling lama bagi saya berbanding di kementerian-kementerian yang lain.
Sejujurnya, MinDef terlalu banyak mengajar saya tentang erti persahabatan, kerjasama, kasih sayang, hormat, adanya kecewa, berpegang teguh pada pendirian dan ada sesuatu yang sangat ‘istimewa’ yang bakal saya tinggalkan disini. Apa yang istimewa itu, biarlah hanya saya dan tuhan sahaja yang tahu. Bukan semua perkara harus dikongsi, perlu juga adanya sisi ‘rahsia’ untuk diri sendiri.
Sudah menjadi kebiasaan, keluar dari rumah orang jangan lupa ucapan terima kasih. Ucapan paling ringkas dari saya :
"TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA MINDEF YANG TELAH BEKERJASAMA DENGAN BAIK BERSAMA SAYA TERUTAMANYA BAHAGIAN AKAUN, BSPP, MARKAS TENTERA DARAT, MARKAS TENTERA UDARA DAN MARKAS TENTERA LAUT. MOHON MAAF ATAS APA JUA KHILAF YANG PERNAH SAYA LAKUKAN DALAM SEDAR ATAU LUAR SEDAR. UKHWAH KITA AKAN TERUS TERJALIN KUKUH"
Semasa menerima Anugerah Pekerja Contoh Kementerian Pertahanan bagi tahun 2011 pada bulan Februari yang lalu, naluri saya sebenarnya telah terlebih dahulu terasa bahawa inilah masanya saya akan ‘dipancing’ pihak-pihak tertentu untuk beralih angin. Naluri itu sentiasa benar…Sebenarnya bermula dari bulan Mac lagi kedudukan saya telah tidak ketentuan.apabila ‘diusha’ beberapa pihak. Cumanya…saya hanya bertindak dalam diam. Saya lebih suka menunggu dengan penuh AKUR. Dalam penantian itu, ada juga terjadi saat-saat ‘cemas’ apabila menerima arahan lapor diri 24 jam di ‘singgahsana’. Walau bagaimanapun setelah menimbang tara pro dan kontra serta kemampuan maka keputusan muktamad telah dibuat.
Pintu masuk utama pejabat baru saya...WISMA PUTRA!
Dengan rasminya bermula 1 Jun 2012 saya akan bergelar warga WISMA PUTRA di KEMENTERIAN LUAR NEGERI. Semoga disana nanti saya akan menemukan sesuatu yang lebih baik dan sejahtera. Semoga juga satu impian bermakna dalam kerjaya saya akan menemui noktahnya disitu….InsyaAllah. Saya tinggalkan semua kenangan manis, masam, masin, pahit, duka dan apa jua warna dan rasanya yang saya kutip di MinDef dengan berlapang dada dan disinilah saya belajar erti kasih sayang dan CINTA yang ternyata telah mendewasa dan mematangkan saya. Pengalaman ini semahar emas nilainya.
Andai tersesat di Putrajaya...rogerlah saya. Bermula semula era menjadi penghuni Putrajaya...
Comments
Post a Comment