SIGNIFIKASI "queennurfara"

Bagaimana agaknya saya membuat pemilihan url blog ini. Sangat mudah kerana ianya singgah diminda saya dalam masa yang sangat singkat. "queen" - sejak kecil lagi saya telah didedahkan dengan posisi ini. Saya suka mencuri dengar perbualan dikalangan keluarga yang luas pergaulan tatkala bersembang tentang perkhabaran nenda-nenda yang bersemayam. di istana. Betapa seronoknya kehidupan bergelar permaisuri. Sejak itu jugalah hati saya jatuh cinta dengan gelaran ini. Gelaran yang paling memikat hati saya adalah yang bermaustatin dalam diri Queen Noor iaitu bekas permaisuri Jordan. Pernah juga terdetik dalam hati, seandainya gelaran ini menjadi rezeki puteri-puteri saya. Satu angan-angan yang percuma tapi tidak mustahil kan?...:D "nur" - kesemua puteri-puteri yang saya lahirkan mempunyai isian nama nur dalam 3 pangkal nama mereka. Nur juga bagi saya sangat ringkas sebutannya tapi sangat cantik maknanya - cahaya. Dan akhirnya.... "fara" - paling istimewa, gabungan nama suami dan saya, FAZIL dan RAJA. Satu pilihan agar yang istimewa ini sentiasa rapat dihati saya. Dengan semua yang di atas itu, maka lahirlah... queennurfara - PERMAISURI CAHAYA DIA DAN AKU.

Comments

Popular Posts