SEPASANG BAJU KURUNG DI TENGAH KOTA SALJU



Pernah saya diketawakan teruk kerana berbaju kurung dalam satu acara rasmi ( saya anggap rasmi) ketika bertugas di luar Negara. Menganggap bahawa kehadiran tetamu adalah dikalangan mereka yang berprofail tinggi, keputusan serentak itu diambil. Sesampai di majlis, kami disambut dengan senyuman sinis dan seorang daripadanya membisikkan ke telinga saya “ kenapa berbaju kurung, terlalu formal”

Selesa berada dimajlis diplomatik dengan sepasang baju kurung.


Dengan wajah tanpa ada rasa, saya tidak mempedulikan langsung hal itu. Teguran yang saya anggap bukan teguran membina dan tidak perlu dilayankan. Bermula dari situ, keghairahan saya untuk membelah dunia dengan sepasang baju kurung atau kebaya sulam makin membuak. Sehinggalah akhirnya, keputusan saya itu diterima oleh masyarakat kita yang berada di sana. Bahkan saya lihat sudah semakin menjadi trend dengan berpakaian kebangsaan digayakan pula dengan sepasang sneakers di kaki, menampakkan sesuatu yang telah viral.


Dengan penuh keyakinan kami melangkah demi tugas yang diamanahkan. sepasang baju kurung melengkapkan lagi semangat kami ditengah-tengah bandar asing.


Berkebaya sulam dengan ditemani rakan-rakan dari negara asing.


Justeru, ingatan saya jadilah diri sendiri tanpa dibayangi orang lain selagi hal itu tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa. Berbanggalah dengan sepasang baju kurung menongkah musim sejuk, luruh, bunga dan panas. Aku menjadi siapa aku!



Sampai bilapun, sanjunglah baju kebangsaan kita.


Nantikan entri saya yang akan datang, tentang rakan-rakan rakyat tempatan yang saya temui. Bagaimana saya membina ukhwah dengan mereka sehingga bertahun-tahun lamanya.

RSA
26 Disember 2018

Comments

Post a Comment

Popular Posts