ULANG TAHUN KE-13 IJAB QABUL
Hari ini genaplah 13 tahun saya memegang title seorang isteri. Tidak sukar untuk mengingati tahun perkahwinan kami kerana ianya sebaya dengan anak sulung. Cuma bezanya, saya bergelar isteri pada bulan Januari dan bergelar ibu pada bulan Disember tahun yang sama..1999. Mengenali suami hanya dalam tempoh yang singkat dan terus diikat dengan jalinan suci berbekalkan keyakinan bahawa sememangnya dia adalah 'Mr Right'. Percintaan kami berlangsung selepas majlis ijab dan qabul dan bahtera itu dalam diam telah kami layari selama 13 tahun. Tak dinafikan sepanjang tempoh itu, pasti ada gelora dan badai yang menguji pelayaran bahtera, tetapi syukur..berkahwin dengan lelaki yang 8 tahun matang dari saya memberikan satu keistimewaan. Setiap ujian dalam rumahtangga dapat dihadapi dengan penuh redha dan sentiasa ada jalan keluar pada setiap yang melanda. Saya amat bersyukur, dikurniakan lelaki yang baik ( tatkala sesetengah wanita memendam rasa apabila ditemukan dengan lelaki yang kurang baik ). Pada setiap saat, suami saya pasti akan berusaha memberikan layanan terbaik untuk saya, anak-anak dan keluarga kedua belah pihak. Tahun ini pasti ada perancangan 'surprise' yang akan dibuat untuk saya ( walaupun adakalanya dah tak berapa terkejut sebab saya boleh mengagak apa yang akan dilakukannya..hehehe..)
Sempena ulang tahun ini, tiada apa yang saya inginkan melainkan doa kepada Allah agar rumahtangga kami sentiasa diberkati, diberikan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat, kekuatan dalam mendepani apa jua cabaran, saling melengkapi, anak-anak yang menyenangkan dan biarlah ikatan ini berkekalan dengan rahmat TUHAN.
Memandangkan jadual kami yang sangat padat, suami telah lebih dahulu membeli cenderahati. Syukur dengan rezeki dari Allah ini dan saya sangat menghargainya. Untuk satu kejutan itu..ada dua perkara yang berhajat dihati saya ( Menunaikan umrah bersama dan menghabiskan masa di salah sebuah pulau idaman saya...Mauritius@Maldives..hohohohoo....) Hajat ini tidak pernah saya suarakan..tapi saya percaya, suami saya dengan telepati yang ada...pasti tahu. Untuk AHMAD FAZIL ELLIAS - Bangganya dan bertuahnya aku menjadi isteri mu. Bak ucap seorang sahabat berpangkat CEO disyarikat GLC terkemuka kepada saya 'U are so lucky to get him'
Satu setiap seorang..tapi modalnya hanya dari seorang..:D
Comments
Post a Comment