ANGAN-ANGAN JADI NYATA

Assallamualaikum,

Lama sungguh, sungguh lama!. Laman ini dibiarkan 'bersawang' kerana kesibukan yang tidak dapat saya luahkan selama 5 tahun kebelakang. Tempoh yang menghadiahkan saya sebuah pengalaman terbang tanpa henti dan meneroka dunia tanpa pernah saya menyangka.

Akibat terlalu lama bersawang, nak mula menulis balik pun macam kekok aje rasanya :-D. Sebelum saya kembali aktif di blog ini, saya mulakan dengan berkongsi hal yang paling indah dalam hidup saya. Berjaya akhirnya menghabiskan penulisan dari merangkak-rangkak. 

Inilah hadiah daripada saya. Kisah saya selama 4 tahun terbang dari awan ke awan tanpa henti. Anda lihat dulu naskah ini dan cerita penuhnya akan menyusul nanti. Lihat dulu dari mata kasar dan saya akan memperincikan dari mata halus. 


Naskah saya 



Terima kasih Sasterawan Negara Dato' Dr. Zurinah Hassan yang sudi melancarkan karya saya sempena Pesta Buku Antarabangsa 2018


In Syaa Allah, saya akan kembali menulis dengan info yang sarat. Penulisan saya nanti lebih kepada perjalanan saya, seorang RSA....#RSAJourney. Sekali saya terlanggar awan, berkali-kali Allah rezekikan buat saya. Akan dikongsi juga pengalaman saya menjadi penulis pertama dengan cabaran dan karenah birokrasi yang meletihkan. Namun saya gagahi juga sehingga berjaya. rasa seronok sangat wehh plus puas ya amat setelah semuanya jadi kenyataan.

Bacalah naskah saya ini dengan mengutip pengalaman seorang penjawat awam yang mengembara dengan mengira. Ulasan akan menyusul tidak lama lagi untuk memberikan gambaran yang lebih penuh tentang naskah ini.

"Bacalah dengan inspirasi!"

RSA - 24 Disember 2018


Comments

Post a Comment

Popular Posts