ISTANBUL - BERJALAN KAKI TANPA PENIPUAN
Peluang ke Istanbul tidak
pernah menerima penolakkan daripada saya. Diarahkan seperti satu anugerah yang saya idamkan. peluang untuk berkunjung sebagai percutian peribadi juga tidak menjemukan. Kota ini tidak jemu untuk dikunjungi.
Tiga (3) kali berpeluang menjejaknya menjadikan saya sangat ‘lorat’ kerana
peluang seperti ini jarang-jarang ditemui.
Saya bermula dengan jalan kaki dan sehingga berhari-hari masih juga. pemandangan yang menarik sepanjang jalan.
Keterujaan saya pada
bangunan yang ada dengan gelagat masyarakatnya. Berhati-hati bila tawar-menawar
dan menerima harga yang murah. Saya pernah meninggalkan nombor telefon dengan
jangkaan baik bahawa senang untuk berurusan di masa akan datang. Rupa-rupanya
bahaya juga kerana melalui nombor telefon mereka boleh menjejak kita. Terpaksa saya
bermain block mem-block nombor mereka. Jadi hati-hati bila memberikan sebarang
nombor.
Laluan ini sangat dejavu bagi saya. Banyak kenangan atas rel trem.
Berjalan kaki di sekitar
Kota Istanbul adalah perkara terbaik yang telah saya lakukan meskipun memenatkan
sangat. Selain melatih kaki, saya juga dapat melihat dan merasai hampir kesemua
perkara tentang Istanbul. Beranikanlah diri untuk pergi meneroka sendirian,
Istanbul tidak menakutkan kerana segalanya masih halal disini, tidak akan
kelaparan. Segalanya masih aman di sini, tidak mengerikan.
Dalam tidak mengerikan,
berlaku juga insiden saya ditipu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakyat
tempatan. Nota USD50 yang saya hulurkan dengan cepat mereka bermain silap mata
dan saya tertipu hampir dua keping nota. Justeru, tindakan berjalan kaki adalah
yang terbaik tanpa menjanjikan sebarang penipuan berlaku.
Setelah penat berjalan, sesekali duduk berehat.
Menginap dihotel bertaraf
sederhana memadai tanpa perlu bermewah-mewah. Ini kerana merugikan apabila
asyik terbaring di bilik hotel berbanding berjalan kaki memberikan nikmat pada
mata ke atas sebuah pemandangan mengagumkan. Jika anda mahu ke Istanbul,
cubalah Hotel Mevlana. Cukup selesa bagi pandangan saya. Di kawasan hotel
dipenuhi dengan deretan kedai bertaraf silam. Saya suka panaroma itu yang
dipenuhi dengan gelagat masyarakat tempatan ditambah dengan penyeri gelagat
pelancong.
Pemandangan rare pada kita tapi sesuatu yang biasa bagi masyarakat wanita di sana.
Selamat meneroka Istanbul
jika diberikan rezeki. Ingat! Jalan kaki saja sudah memadai tidak perlu sebuah
mobil yang akan merugikan kunjungan.
Pemandangan wajib dari balkoni hotel.
Comments
Post a Comment